Showing posts with label pengantin. Show all posts
Showing posts with label pengantin. Show all posts

Wednesday, November 6, 2013

Sunday, July 31, 2011

Mahu Perfume Murah Sebagai Hantaran?

Assalamualaikum All! Today nak bukak satu label baru, iaitu barang hantaran. But satu-satu la kan. Hari ni nak reveal tentang perfume yang terjual di blog Murah Berjenama. Untuk perfume, terdapat pelbagai jenis disediakan, sama ada yang original, rejected, high grade dan Sephora grade termasuk pati yang sememangnya non-alcohol kerana masih tiada campuran dan for sure baunya lebih kuat. Sekarang ada promotion okey.
Sedikit notes sidebar blog ini saya copy dan letak di sini.

Original
Tahan lama sehingga 12jam.
Harga bergantung pada jenama yang anda inginkan.

Rejected
Reject original UK&Europe.
Disebabkan calar, tulisan sedikit rosak, dibungkus dalam pouch tanpa kotak.

Sephora
Perfumes Sephora diimport dari Dubai.
Lebih baik dari High Grade.
Lebih tahan dari mana-mana grade dan kedua terbaik selepas perfumes di kaunter.
Murah dan tahan berbanding perfume di kaunter.
Sama seperti ori cuma dibawa masuk melalui Dubai.

High Grade
Tahan 3-7jam bergantung pada perfume.
Lebih baik dari Grade AAA.
Lebih murah.

Pati
Diimport dari France.
Tanpa campuran air mahupun alkohol.
5kali lebih tahan lama.
Hanya 90jenama yang kami sediakan.

Sila ke katalog perfumes untuk maklumat harga.
Harga masih boleh dirunding.

Promosi sekarang, 15% for Sephora Grade dan 25% for High Grade until Raya dan jika beli 3 botol, u can get Sephora Grade with 20% while High Grade with 30%!! So, what are you waiting for?
Saya sendiri pun baru nak berbelanja. hee~
Jom baca lagi - Mahu Perfume Murah Sebagai Hantaran?

Friday, July 1, 2011

Majlis Bersanding Wawa

Uih, lama tak buat entry, tetibe je keluar pasal majlis orang.huhu.
Dua tiga bulan ni memang sangat busy. Seriously banyak giler keje. Dengan part time lagi.
Kadang-kadang terfikir juga bila nak cuti. Tapi nak buat macam mana.
Esok 3 Julai 2011, bakal berlangsung majlis di rumah cik Lebah. Hari ni rasanya dah boleh jadi puan.
:)
Selamat Pengantin Baru ye Wawa dan Mirzal.
Esok Yati kerja tapi balik awal sikit cuma tak pasti sempat datang ke rumah Wawa ke tak.

p/s:Curious la nama u Intan Baizura boleh jadi Wawa?
Macam mana tu ye?
Jom baca lagi - Majlis Bersanding Wawa

Thursday, April 7, 2011

Warna Tema

source
Setelah diputuskan semalam, belah saya dapat warna silver. Saya pernah la gak berangan nak kaler silver ke gold ke. Ala-ala mewah gitu. Tapi masalahnya saya tak tau nak kombinasikan dengan warna apa sebabnya takkan la semua benda kaler silver. Mana ada air warna silver.Portion pun tak macam tu kot.haha. Pastu saya pun google la apa yang patut. Tapi saya rasa silver ngan putih dah cool dah kan.
source.Loikee!!

Apa-apa pun saya leh bedal pakai putih. Tapi risau pucat je rumah saya ni kang. Then saya cari lagi.
source
Cun gak kan kombinasi silver and light blue. Ala-ala winter sonata gitu.
source
Saya tengok kotak coklat dia baru saya teringat yang ada dalam stok skang ni kaler gold untuk paling besar punya. Nampak gayanya saya kena beli stok kotak baru la. Takpe. Dah alang-alang doorgif pun nak beli kotak untuk 4cavity. Tapi kena tempah awal pasal banyak. Erm..tu lantak tepi la. Majlisnya pun lambat lagi.
source
Saya terfikir gak kaler merah ngan silver. Tapinya mostly memang terpaksa pakai fressh flower la gamaknya. Nak pakai artificial semua, susah nak dapat banyak-banyak yang nampak hidup ni.
source
Tengokla kasut kawen Hilary Duff. Oh my God! Admire you.

Ok2. Skang ni kita tengok Clinton punya wedding pulak ye. Purple+white.

Mula-mula memang rumah saya dapat kaler purple tapi masalahnya saya tak nak orang kata apa pulak, pasal tadika mak saya dah kaler purple tema depa. Baju anak murid dia pun purple. Aih, boring mak saya nanti. Orang lain lak confuse, Ni tadika ke rumah pengantin. haha.

Tapi apsal la orang tu takmau pakai biru eh? Biru kan senang nak combine.haha.
Icy cool theme
Hah, tema ni pun saya berkenan. Leh je nak buat winter sonata. Tapi saya kena jadi Princess Snowy. haha. Masalahnya saya pakai jubah. Tak pakai gown la plak. Takpe. Amik tema je kan. hee~
Erm..saya rasa ni je kot.

p/s:Tetibe kene tukar kaler lagi. Aigoo~
Jom baca lagi - Warna Tema

Saturday, November 27, 2010

Pameran Pengantin 1Malaysia 2010 [PWTC]-Puas hati!

Alhamdulillah dah pergi dan balik dengan selamat. Sayangnya kami pergi tadi takde persembahan lagi. Sahabat yang teman saya tadi sepanjang perjalanan malu dan segan.Tak percaya katanya sebab teman saya pergi pameran pengantin. Sampaikan ada promoter tu nak bagi pamplet, die ke tepi dan menunjukkan saya yang nak kahwin. Kasihan beliau.wahaha~ Apa2 pun alhamdulillah puas hati. Punya banyak pamplet yang saya amik.Mujur die bagi beg. Cuma asyik terfikir2 akan offer kad kahwin tadi. Harga kad yang bermula dari RM0.69 dengan pembelian 1000keping kad mampu peroleh bunting 2pcs 2x5 dan love box/V Bag 1000pcs. Deposit cuma RM50.00. Dan pembelian tu boleh disimpan sampai bila2.Meaning kalau kahwin 3tahun lagi pun boleh pakai harga offer tu.Asalkan resit simpan la.Saya nak buat decision time tu tak boleh. Sebab saya plan nak buat sendiri je. Aduih, rasa macam esok nak gi jugak. Kalau bukan untuk kegunaan saya pun masih boleh digunakan untuk orang lain kan. Hurm..tadi kononnya nak fikir dulu, dah balik kira2 semula alorh..murahnya. Hurm..ada sape2 nak pegi tak esok? Boleh tempahkan?.Huu~
Oh ye, untuk agenda esok. Pukul 11 bermula sesi Demonstrasi Karikatur, Andaman dan Ceramah Kursus Perkahwinan dari JAKIM sehingga jam 2 petang. Majlis Perasmian oleh YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim akan bermula pada jam 3 petang. Semula b2b sekalian dijemput hadir. Hah, yang ni jadi WP/OP macam saya pun boleh la survey2.wahaha~ [berangan!] Ada cabutan bertuah tau.
Jom baca lagi - Pameran Pengantin 1Malaysia 2010 [PWTC]-Puas hati!

Tuesday, November 23, 2010

Bajet Perkahwinan

Yang ni aku jumpa di merata tempat tapi aku copy dari butterfly je ni. Untuk orang yang mempunyai income sederhana je.



Kos # 1 - Maskahwin
Ini kena rujuk negeri sebelah perempuan. Walaupun nilainya (dari sudut kos) rendah, tapi kalau anda terlupa sediakan susah juga tu. Kalau berhutang, isteri ada hak kata, “Nehi kanda…!” bila anda cuba usik-mengusik.

Kos # 2 - Duit Hantaran
Ini bergantung kepada keluarga. Tetapi pengalaman saya apabila mengadakan seminar-seminar keusahawanan di universiti, bila ditanya isu ini, paling sikit siswi-siswi ni minta wang hantaran adalah RM 10,000. Level Diploma pun diorang dah mintak begitu tau sekarang.
Ada juga keluarga ikut nilai hantaran seperti mana yang telah ditetapkan sebelum ini macam perkahwinan kakak / adik  perempuan sebelum ini.
Duit hantaran ini ada keluarga jadikan ia duit belanja hangus. Ia digunakan untuk kos kenduri.


### Ada juga keluarga yang berikan semua kepada pengantin perempuan.

Kos # 3 - Barang kemas seperti cincin perkahwinan dan lain-lain.
Kosnya berubah-ubah mengikut harga pasaran emas. Siapa yang melangsungkan perkahwinan waktu harga emas tengah tinggi nasib lah.
Sediakan lah sekitar RM 3,000 - RM 5,000.

Kos # 4 - Barang hantaran lain
Kasut. Baju. Kek. Buah. Telekung. al-Quran. Sirih. Coklat. Standard lah tuh.
Yang tak ikut standard adalah seperti handphone, PS3, laptop.
Sediakan lah sekitar RM 1,000 untuk barang hantaran standard.
Itu belum campur kos buat perhiasan barang hantaran.

Kos # 5 - Baju nikah
Selalunya baju ini ditempah. Boleh pakai masa hari raya yang pertama sebagai suami isteri.
Baju lelaki selalunya lebih murah dari baju perempuan.
RM 200 - RM 600.

Kos # 6 - Baju Bersanding / Baju Pengantin
Baju ini selalunya disewa. Cukup-cukuplah tu jadi raja. Kita layak jadi raja sehari je. Baju tu tak pakai dah di waktu lain melainkan anda mengidam nak bernikah lagi.
RM 1,000 - RM 2,500.

Kos # 7 - Mekap
Selalunya dipakejkan dengan set baju pengantin. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.
RM 200 - RM 500.

Kos # 8 - Set Pelamin
Selalunya dipakejkan bersama set baju pengantin dan mekap. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.
RM 500 - RM 1000.

Kos # 9 - Jurugambar
Takkan lah nak suruh jurugambar biasa-biasa ambil kan gambar untuk anda. Ini hari istimewa anda bukan ?
RM 1000 - RM 3000

Kos # 10 - Duit untuk jurunikah dan saksi
Perkahwinan di Selangor ada duit yang perlu anda bayar kepada jurunikah dan para saksi. Sila rujuk ke pejabat agama negeri masing-masing.
Kos sekitar RM 150.

Kos # 11 Kad Jemputan
Ada yang murah dan ada yang mahal. Paling murah photostat sendiri. Ada orang kisah kita jemput guna sms, email dan website. Ada orang yang tidak. Mahu kad juga.
Kalau satu kad RM 0.50 / kad dan kalau jemputannya dah 1000 orang ?
Style sekarang selalunya dibuat sekali untuk kedua-dua pihak.
RM 500 - RM 3,000

Ini adalah kos yang selalunya ditanggung oleh pengantin sahaja dan tidak membabitkan keluarga. Jumlahnya (mengikut anggaran kos terendah) adalah RM 17,550




Dan berikut adalah kos yang selalunya ditanggung bersama oleh keluarga(tidak semestinya). Jadi kalau ibu bapa minta anda bayar kan juga, kena lah bayar juga. Kan ini kenduri untuk anda.

Kos # 12 Duit khemah / Sewa dewan
Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.
Sewa khemah adalah lebih murah dari menyewa dewan. Tapi tak semua orang ada halaman rumah yang sesuai untuk kenduri.
RM 2,500 - RM 10,000

Kos # 13 Duit makan kenduri
Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.
Masak sendiri adalah lebih murah dari catering. Tetapi lebih banyak guna tenaga kerja.
Kalau di kawasan lembah Klang dapat catering menawarkan RM 10 / kepala dah cukup rendah dah tu.
RM 10,000 - RM 20,000

Kos # 14 Bilik pengantin
Katil. Cadar. Tilam. Almari. Langsir.
Ada keluarga yang dah ada “bilik pengantin” khas. Jadi, selagi mana tiada pasangan adik-beradik lain yang akan berkahwin, maka “pengantin baru” akan menghuni di situ.
Yang kena beli semua, ingat murah ka?
RM 1,500 - RM 5,000.

Kos # 15 Doorgift
Gula-gula. Telur. Sapu tangan. Apa - apa lah.
Walaupun kosnya barangkali cuma RM 1 / item tapi kalau dah tetamunya mencecah 1000 orang ? Untuk sedara lagi. Untuk keluarga sebelah sana lagi.
RM 1000 - RM 3000.

Kos # 16 Untuk bertandang ke rumah pihak satu lagi
Kalau dekat, satu kampung ok lah. Kalau perlu merentas beberapa negeri ?
Duit minyak. Duit Tol. Duit hotel / homestay. Duit makan.
Anda minta saudara anda meriahkan majlis anda, tapi bukan semua mereka ada kereta sendiri dan cukup wang untuk menemani anda kalau tidak disediakan duitnya. Itu yang kadang-kadang mereka “menolak” pelawaan anda.
Ia berbeza mengikut lokasi.
Sediakan lah RM 500 sebagai jumlah minima.

Kos # 17 Contigency
Adakalanya duit yang digunakan terlebih dari belanjawan asal.
Sediakan lah sekitar 5 - 10% dari jumlah belanjawan yang asal.
Dalam pengiraan kita ini, RM 3000.


Jadi, kos yang pada kebiasaannya ditanggung oleh pengantin RM 17,550 (jangan lupa tolak nilai duit hantaran bagi pengantin perempuan)


Dan, kos yang boleh bincang dengan keluarga RM 15,500

Dan, kos untuk kecemasan RM 3,000

Maka anda perlu sediakan anggaran belanjawan perkahwinan sekitar


RM 36,050

*Tapi korang tak payah pening kepala pun.Setakat syarat je. Kad kahwin cikgu cakap pakai kertas A4 kerat empat je.hee~ Tapi kalau korang rasa tak patut, korang beli je consume paper.Tinggal tulis nama, alamat, tarikh. Macam kat blog saya tu pasal kad jemputan kawan@mak cik saya.
Memang buat syarat je asalkan jemput orang kampung dan saudara mara.
Tapi ramai wanita kini yang fikir, 'kahwin sekali je'. Sebab tu sanggup amalkan kos tinggi semata-mata untuk kepuasan sehari je.Adeh~
Ukur baju badan sendiri.
Kalau rasa mampu macam Siti, Mawi, or Dato Sheikh Muszaphar, ok la juga. Yang penting bijak membuat pilihan.hee~
[Risau berlaku pembaziran je masa majlis nanti.Nauzubillah!]
Jom baca lagi - Bajet Perkahwinan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...