Blog ni macam dah lama tak update kan? Bukan macam tapi memang ya.
Tak sempat nak update.
Mulanya macam nak tutup sebab ada salah faham tentang status penulis.
Hakikatnya penceritaan awal sememangnya seperti aku mencari barang hantaran aku kan.
Dah memang betul pun. Dan itu tidak bermakna bahawa aku bakal berkahwin tidak lama lagi. Benar?
Teman-teman mengenali aku seperti seadanya ini. Yang mana sangat gemar mengumpul koleksi barangan dan persiapan pengantin. Sebabnya? Tak pasti. Nak kata sebab tunangan. Belum pernah menjadi tunangan.
Pernah dirisik? Ya tetapi terpaksa ditolak dengan cara baik walau dibalas dengan cara kurang sopan atas alasan tiada persetujuan dari pihak keluarga perempuan. Ahh..itu kisah dua tahun lalu.
Kenapa entri aku kadangkala berbunyi seperti sudah disunting dan bakal berkahwin dan kadangkala seperti sudah bertunang? Mungkin kerana terikutkan artikel dari Cikgu Bijen yang penuh dengan imaginary family. But, aku buat untuk mendapat semangat itu. Tetapi kawan2 blogger seperti Wawa dan Iedayah, don't worry. I'm not lying. You knew my story. Single but not available for now and hope will be someone's soon. But, tidak terlalu mengharap memandangkan aku bukanlah seorang insan yang sempurna kerana punyai masalah kesihatan fizikal yang keberangkalian kekal namun aku tetap mengharapkan keampunan Allah dan mohon penyembuhan jika itu baik untukku. Sekiranya dengan sakit ini kifarah atas dosa lalu, aku terima biarpun sehingga nafasku yang terakhir.
Ramai juga bertanyakan bilakah aku bakal menjadi isteri orang?
Soalan itu akan terjawab apabila sudah tiba masanya.
Aku tidak akan menceritakan secara terang tentang hakikat sebenar perjalanan hidup aku kerana memang gaya aku bercerita penuh selindung tetapi bukan menggunakan kain selendang yang nipis dan seksi.
Aku telah mulakan aktiviti preparation ini dari pertengahan tahun lalu. Seronok berkongsi pengetahuan dengan sahabat-sahabatku yang mahu mendirikan rumah tangga memandangkan ianya sebahagian dari karier ku mencari vendor-vemdor dan tetamu setia pameran-pameran.
Dan bonda memahami minatku.
Mudah-mudahan tidak membebankan bakal suami aku sekiranya dia bukan datangnya dari kalangan orang yang ada-ada.
Harap maklum semua.
No comments:
Post a Comment