Wednesday, March 30, 2011

Jom Sertai Contest:Nukilan Seorang Teman!

Ini sticky post. Sila ke entri bawah untuk yang terbaru
Sila rujuk blog http://cahayamylife.blogspot.com/ untuk penyertaan.Terima kasih.
[Hanya entri 13Mac 2011 sahaja yang perlu anda ikuti]Sepanjang proses mempersiapkan musabaqah ini, pelbagai perkara yang berlaku. Alhamdulillah berjalan juga akhirnya. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim tepat jam 12.01pagi 14 Mac 2011, bermulalah musabaqah ini. Dengan ini, saya nyatakan semua perkara yang harus anda tahu sebelum menghantar karya.

Tujuan:
Contest ini bertujuan agar kita dapat berkongsi sesuatu yang bermanfaat yang mampu memberi sedikit panduan dan pengajaran kepada teman-teman yang lain. Sambil menulis, Sambil berdakwah. Moga pahala ilmu yang anda sampaikan dalam bentuk cerpen, kisah pengalaman anda dan sebagainya ini bakal mengalir sepanjang zaman. Jasa baik anda untuk copy banner contest agar dapat disebarkan kepada sahabat-sahabat di luar sana. Syukran.
*Jangan anda rasa rendah diri untuk menghasilkan karya. Sekurang-kurangnya kita sama-sama berkongsi pengalaman dan menjadi panduan hidup.

Syarat-syarat pertandingan:
1.Terbuka kepada semua kakitangan masyarakat sejagat yang berminat sama ada mempunyai blog atau pun tidak, sama ada mempunyai email ataupun tidak. Surat-menyurat juga diterima.(Jika ada permintaan)
2.Tajuk bebas. Pastikan mengikut tema.
3.Nukilan atau penulisan anda bebas sama ada dalam bentuk cerpen mahupun kisah hidup anda. Fakta juga diterima. Selitan unsur jenaka juga sedikit sebanyak membantu bagi menarik minat pembaca.
4.Digalakkan agar tidak menggunakan ejaan yang salah seperti bila menjadi bile. Menggunakan Bahasa Malaysia tetapi dibenarkan juga dengan diselitkan Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, dan dialek. (Bagi tema Bahasa Arab dikecualikan)
5.(Bagi peserta yang mempunyai blog) Sebelum memulakan penulisan anda, hendaklah nyatakan bahawa anda menyertai pertandingan dari blog ini dan link kan ke entri ini. Di samping itu, anda perlu letakkan ayat di bawah ini ke dalam entri anda dan letakkan link mereka juga.
Contest Nukilan Seorang Teman ini telah mendapat tajaan daripada Maratussolehah Muslim HouseMyChocs4uNisaChocAwan PagiAzwa Saini, dan Busana Impian Muslimah
6.Follow blog MyChocs4uNisaChoc, dan Busana Impian Muslimah. (wajib untuk semua)
7.Pemilihan berdasarkan makna dan penghayatan, kreativiti, dan gaya penceritaan anda.
8.Tidak dibenarkan meletakkan gambar melainkan banner contest.Adil untuk semua.
9.Setelah siap, 
-peserta yang mempunyai blog:
sila klik pada butang 'Sebarang pertanyaan untuk cahaya, sila klik di sini!' dan isikan:
Your Name: nama penuh anda
Your Email Address: alamat email anda
Website: url blog anda yang mahu disenaraikan di dalam blog list cahayamylife
Subject: Contest
Message: Isikan url entri anda dan tema pilihan. 
-peserta yang tidak mempunyai blog:
emailkan hasil penulisan anda itu ke happystar_1404@yahoo.com. Nyatakan nama penuhnama pena, dan tema pilihan. Anda bebas sama ada menaip terus pada ruangan mesej itu atau attach file.
10.Hasil penulisan anda juga menjadi hak milik kami. Kami akan copy dan letakkan di ruangan blog untuk memudahkan para hakim membuat penilaian. Kami akan publishkan karya anda pada masa yang sama.
11.Tarikh tutup penyertaan adalah pada 14 April 2011.
12.Amat digalakkan agar tidak meninggalkan link di bawah ya.
*Terma dan syarat mampu berubah bila-bila masa sahaja tanpa notis.
**Tarikh tutup penyertaan juga bakal berubah mengikut sambutan.

Perhatian!!

Untuk pengetahuan anda, pemenang akan diambil kira melalui dua cara iaitu:
1.Pemarkahan dari tiga panel hakim.
1.Mengikut tema-5markah

2.Bahasa - 20markah.

3.Bonus (sekiranya penyampaian anda menarik) - 5markah

2.Undian tertinggi dari pembaca-pembaca.[Yang ini usaha anda sendiri untuk mengajak sahabat-sahabat mengundi bersama]
Pada 18 April 2011, proses undian untuk pencarian pemenang melalui undian tertinggi dan kedua tertinggi bermula dan bakal tamat pada 23 April 2011. Jadi pastikan anda alert dengan entri terbaru di cahayamylife ini. Boleh cari pengundi-pengundi dengan segera. :D


Tema:
-Al-Quran
-Bahasa Arab
-Kemiskinan/Kesusahan
-Kisah Saudara Baru/Muallaf
-Generasi Masa Hadapan
-Tokoh-tokoh atau pahlawan Islam
-Perkahwinan Islam
-Blog Medan Dakwah
-Sistem Pemerintahan Islam
-Perubatan/Kesihatan
-Masjid
-Sains dan Islam
-Pengalaman Melahirkan Zuriat
-Ujian dan Dugaan

Hadiah & Pemenang
Pahala yang berpanjangan buat kalian dalam perkongsian ilmu. InsyaAllah.hee~
Owh..itu hadiah yang tidak nyata ya. Jangan risau. Ada hadiah yang nyata menanti anda.
Memandangkan ada pihak yang bermurah hati untuk menaja hadiah buat pemenang, insyaAllah pemenang yang mempunyai penulisan menarik ini bakal memperolehinya.
Moga Allah merahmati mereka dan pahala mereka juga turut berterusan.
Untuk mengetahui apa hadiah-hadiahnya, boleh rujuk di sini.

Semoga sepanjang sebulan contest ini berlangsung, dapat berjalan dengan sebaiknya. InsyaAllah. Marilah sama-sama memeriahkannya. Terima kasih.
Jom baca lagi - Jom Sertai Contest:Nukilan Seorang Teman!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...