Tuesday, December 28, 2010

Giveaway eqbalzack "Serba Satu"

Table Lamp IKEA
Banner GA
Nampak tak? Nampak tak? Table lamp IKEA ni. Mana boleh tahan beb. Nak tak nak, saya joinkan diri jugak. Almaklumlah, ini yang dicari-cari. hihi. Untung-untung, boleh letak kat bilik pengantin nanti kan.wahaha~ Okey2, mahu tag cik wawa la.hee~
Jom baca lagi - Giveaway eqbalzack "Serba Satu"

Promosi Veil dibuka sehingga 31 Disember 2010 SAHAJA!

Aiyak!Salah taip Tarikh daa..Hah, gempak tak? Disebabkan saya rasa akan bertambah ramai yang tertanya-tanya dan tercari-cari veil for nikah or reception nanti, saya pun buatlah entri baru untuk anda dapatkan harga promosi ini. Tinggal dua hari sahaja beb! Ikutkan saya, saya nak je buat veil untuk resepsi sekali. Masalah warnanya la pulak.adeh~ So, disebabkan nak dapatkan harga promosi tu jugak, saya tempah la untuk nikah yang confirm putih.hee~ Ini adalah tempahan melalui atas talian okey. Harga promosi akhir tahun ini adalah RM130.00/m termasuk kos penghantaran dan bermulanya tahun hadapan, akan menjadi RM150.00/m tidak termasuk kos penghantaran. So, anda nak pilih yang mana? CEPAT!!!Tinggal Dua Hari Sahaja Lagi.
perincian sulaman dan manik

Dibungkus di dalam kotak ini sebelum dipos.
Dua-dua ni saya copy dari FB kak Ani.hee~ So, u all nak mudah, pm sahaja di FB beliau. Saya ada no phone beliau, tapi lebih mudah anda contact beliau di FB. Ni dia FB beliau Lovely Ani Shop. Oh ya, Lisa dan Wawa ada mintak website beliau kan. Ada tu ada tapi beliau tak tulis pasal veil pun lagi. Maybe saya adalah customer pertama beliau.hee~ [Joking!] So, kalau2 nak tengok hasil sulaman beliau, bolehlah cari di sini.
Jom baca lagi - Promosi Veil dibuka sehingga 31 Disember 2010 SAHAJA!

Veil Nikah-Done!



Ya..itu dia. Veil saya sudah siap. 100% sulaman. Takde border lace. Dan saya lebih berminat dengan veil sulam ini.wee~ Tapi untuk reception belum lagi sebab warna tema pun tak confirm lagi.hee~
Veil saya ni cuma berukuran 1meter dan ngam-ngam di bahagian pinggang saya. [Maybe lebih sikit kot :D] Tempah dengan butik Kak Ani di Kuantan, Pahang. Jauh kan saya tempah? Ala, by post je. hee~ Saya pembeli atas talian tegar. wahaha~ Sangat suka belanja secara online. Kalau lalu-lalu di kedai, takde nafsu langsung.huhu.
Jom baca lagi - Veil Nikah-Done!

Sunday, December 19, 2010

Kain for Reception & Cadar

Ush dah lama giler tak update blog ni. Almaklumlah tak mula operasi lagi.Dan sekarang sudah mula membeli. The first thing yang Yati beli adalah veil for nikah. But takleh tunjuk lagi. hee~. Sebab baru je tempah Sabtu lalu and buat full payment. At first memang kakak tu mintak 50% je but for me malas nak dua kali kerja. Kalau problem pun still leh betulkan lagi kan. Ada ke veil problem? Ala, yang penting 100% dari kakak tu. Tak sabar nak tunggu layah tu siap. :D
Ok2.Sebenarnya nak cerita pasal kain for reception nanti. Semalam yati jalan2 kat Nilai Square memang bertujuan nak cari kain for reception la kan. Kat bawah ni u all boleh tengok.
RM58.00
Lain dari yang lain tak? Boleh buat baju raya kan. hee~ Sebenarnya macam2 corak ada untuk lace ni. Yang ni bunga besar kan. Yang biasa kita tengok kawan2 kita pakai time kawen tu pun ada. Lagi banyak. Harga lebih kurang je. Paling murah pun RM28, tapi tak payah la kot. Nampak lama sangat dan macam lusuh sudah. Maybe sebab tu die jual murah giler. Lagipun ngah YES kan. Nak snap banyak2 tapi SA tu dah mula dok perhati. Malas r kan.hee~ Tapi memang rambang mata semalam sampai rasa macam nak tukar kaler tema pulak. Boleh ke? :D

Ok, gi ke bahagian cadar. Dah terberkenan kat cadar Akemi la pulak.
ELIANTO Comforter set RM239-Queen size
Teijo Quilt cover set RM289.00 Queen size
*credited:kak zue
Semalam uncle tu offer Set Jacquard RM380. Murah ke? Tak pernah beli Jacquard. Tapi apa-apa pun, semua ni nak beli time dah dekat2 nanti la kot.

Jom baca lagi - Kain for Reception & Cadar

Friday, December 10, 2010

Award dari Syahin

sape yang cakap tak comel and cool, sila hibernate lappy anda! :D
Fuwahh..blog baru dibina ni pun dah dapat award. Main blog cahayamylife yang Yati punya tu pun agak lama nak bertapak.[Sebab tujuan asalnya sebagai koleksi diri] Dapat dulu pun pasal tetibe je rajin nak berkawan dengan rakan blogger yang lain. Blog ni terbina pun sebab ramai b2b buat blog khas untuk aktiviti2 wedding mereka yang bakal berlangsung. Chaiyok b2b!! Actually tanya gak si Shaen ni. Award ni untuk blog ni ke main blog?Whatever la ye.
Let's view:
1.Nama korang apa? Dengan maksud sekali tau :)
Nama den Norhayati yang membawa maksud Cahaya Hidupku a.k.a. Cahaya Mylife.

2.Korang lahir bila dan di manakah?
14 April. Ada sape2 sama tarikh? Sila angkat tangan! Di Gua Musang, Kelantan.

3.Favourite cartoon korang?
Ush, semua yang ala-ala tuan putera, tuan puteri, witches, magic, ala-ala cardcaptor sakura tu ke.lalala~
[Zaman dulu je la]

4.Apa yang korang suka buat bila cuti?
Macam-macam.Kalau dulu, habitnye adalah kerja. Sekarang tak sempat dah.

5.Then, tag pada kawan yang lain.
Fuh..susah ni. Masing2 ngah sibuk nak prepare untuk wedding masing2, ada masa ke nak melayan yati punya award dan tag ni? Takpela, yati try je.

Jom baca lagi - Award dari Syahin

Saturday, November 27, 2010

Pameran Pengantin 1Malaysia 2010 [PWTC]-Puas hati!

Alhamdulillah dah pergi dan balik dengan selamat. Sayangnya kami pergi tadi takde persembahan lagi. Sahabat yang teman saya tadi sepanjang perjalanan malu dan segan.Tak percaya katanya sebab teman saya pergi pameran pengantin. Sampaikan ada promoter tu nak bagi pamplet, die ke tepi dan menunjukkan saya yang nak kahwin. Kasihan beliau.wahaha~ Apa2 pun alhamdulillah puas hati. Punya banyak pamplet yang saya amik.Mujur die bagi beg. Cuma asyik terfikir2 akan offer kad kahwin tadi. Harga kad yang bermula dari RM0.69 dengan pembelian 1000keping kad mampu peroleh bunting 2pcs 2x5 dan love box/V Bag 1000pcs. Deposit cuma RM50.00. Dan pembelian tu boleh disimpan sampai bila2.Meaning kalau kahwin 3tahun lagi pun boleh pakai harga offer tu.Asalkan resit simpan la.Saya nak buat decision time tu tak boleh. Sebab saya plan nak buat sendiri je. Aduih, rasa macam esok nak gi jugak. Kalau bukan untuk kegunaan saya pun masih boleh digunakan untuk orang lain kan. Hurm..tadi kononnya nak fikir dulu, dah balik kira2 semula alorh..murahnya. Hurm..ada sape2 nak pegi tak esok? Boleh tempahkan?.Huu~
Oh ye, untuk agenda esok. Pukul 11 bermula sesi Demonstrasi Karikatur, Andaman dan Ceramah Kursus Perkahwinan dari JAKIM sehingga jam 2 petang. Majlis Perasmian oleh YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim akan bermula pada jam 3 petang. Semula b2b sekalian dijemput hadir. Hah, yang ni jadi WP/OP macam saya pun boleh la survey2.wahaha~ [berangan!] Ada cabutan bertuah tau.
Jom baca lagi - Pameran Pengantin 1Malaysia 2010 [PWTC]-Puas hati!

Tuesday, November 23, 2010

Bajet Perkahwinan

Yang ni aku jumpa di merata tempat tapi aku copy dari butterfly je ni. Untuk orang yang mempunyai income sederhana je.



Kos # 1 - Maskahwin
Ini kena rujuk negeri sebelah perempuan. Walaupun nilainya (dari sudut kos) rendah, tapi kalau anda terlupa sediakan susah juga tu. Kalau berhutang, isteri ada hak kata, “Nehi kanda…!” bila anda cuba usik-mengusik.

Kos # 2 - Duit Hantaran
Ini bergantung kepada keluarga. Tetapi pengalaman saya apabila mengadakan seminar-seminar keusahawanan di universiti, bila ditanya isu ini, paling sikit siswi-siswi ni minta wang hantaran adalah RM 10,000. Level Diploma pun diorang dah mintak begitu tau sekarang.
Ada juga keluarga ikut nilai hantaran seperti mana yang telah ditetapkan sebelum ini macam perkahwinan kakak / adik  perempuan sebelum ini.
Duit hantaran ini ada keluarga jadikan ia duit belanja hangus. Ia digunakan untuk kos kenduri.


### Ada juga keluarga yang berikan semua kepada pengantin perempuan.

Kos # 3 - Barang kemas seperti cincin perkahwinan dan lain-lain.
Kosnya berubah-ubah mengikut harga pasaran emas. Siapa yang melangsungkan perkahwinan waktu harga emas tengah tinggi nasib lah.
Sediakan lah sekitar RM 3,000 - RM 5,000.

Kos # 4 - Barang hantaran lain
Kasut. Baju. Kek. Buah. Telekung. al-Quran. Sirih. Coklat. Standard lah tuh.
Yang tak ikut standard adalah seperti handphone, PS3, laptop.
Sediakan lah sekitar RM 1,000 untuk barang hantaran standard.
Itu belum campur kos buat perhiasan barang hantaran.

Kos # 5 - Baju nikah
Selalunya baju ini ditempah. Boleh pakai masa hari raya yang pertama sebagai suami isteri.
Baju lelaki selalunya lebih murah dari baju perempuan.
RM 200 - RM 600.

Kos # 6 - Baju Bersanding / Baju Pengantin
Baju ini selalunya disewa. Cukup-cukuplah tu jadi raja. Kita layak jadi raja sehari je. Baju tu tak pakai dah di waktu lain melainkan anda mengidam nak bernikah lagi.
RM 1,000 - RM 2,500.

Kos # 7 - Mekap
Selalunya dipakejkan dengan set baju pengantin. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.
RM 200 - RM 500.

Kos # 8 - Set Pelamin
Selalunya dipakejkan bersama set baju pengantin dan mekap. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.
RM 500 - RM 1000.

Kos # 9 - Jurugambar
Takkan lah nak suruh jurugambar biasa-biasa ambil kan gambar untuk anda. Ini hari istimewa anda bukan ?
RM 1000 - RM 3000

Kos # 10 - Duit untuk jurunikah dan saksi
Perkahwinan di Selangor ada duit yang perlu anda bayar kepada jurunikah dan para saksi. Sila rujuk ke pejabat agama negeri masing-masing.
Kos sekitar RM 150.

Kos # 11 Kad Jemputan
Ada yang murah dan ada yang mahal. Paling murah photostat sendiri. Ada orang kisah kita jemput guna sms, email dan website. Ada orang yang tidak. Mahu kad juga.
Kalau satu kad RM 0.50 / kad dan kalau jemputannya dah 1000 orang ?
Style sekarang selalunya dibuat sekali untuk kedua-dua pihak.
RM 500 - RM 3,000

Ini adalah kos yang selalunya ditanggung oleh pengantin sahaja dan tidak membabitkan keluarga. Jumlahnya (mengikut anggaran kos terendah) adalah RM 17,550




Dan berikut adalah kos yang selalunya ditanggung bersama oleh keluarga(tidak semestinya). Jadi kalau ibu bapa minta anda bayar kan juga, kena lah bayar juga. Kan ini kenduri untuk anda.

Kos # 12 Duit khemah / Sewa dewan
Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.
Sewa khemah adalah lebih murah dari menyewa dewan. Tapi tak semua orang ada halaman rumah yang sesuai untuk kenduri.
RM 2,500 - RM 10,000

Kos # 13 Duit makan kenduri
Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.
Masak sendiri adalah lebih murah dari catering. Tetapi lebih banyak guna tenaga kerja.
Kalau di kawasan lembah Klang dapat catering menawarkan RM 10 / kepala dah cukup rendah dah tu.
RM 10,000 - RM 20,000

Kos # 14 Bilik pengantin
Katil. Cadar. Tilam. Almari. Langsir.
Ada keluarga yang dah ada “bilik pengantin” khas. Jadi, selagi mana tiada pasangan adik-beradik lain yang akan berkahwin, maka “pengantin baru” akan menghuni di situ.
Yang kena beli semua, ingat murah ka?
RM 1,500 - RM 5,000.

Kos # 15 Doorgift
Gula-gula. Telur. Sapu tangan. Apa - apa lah.
Walaupun kosnya barangkali cuma RM 1 / item tapi kalau dah tetamunya mencecah 1000 orang ? Untuk sedara lagi. Untuk keluarga sebelah sana lagi.
RM 1000 - RM 3000.

Kos # 16 Untuk bertandang ke rumah pihak satu lagi
Kalau dekat, satu kampung ok lah. Kalau perlu merentas beberapa negeri ?
Duit minyak. Duit Tol. Duit hotel / homestay. Duit makan.
Anda minta saudara anda meriahkan majlis anda, tapi bukan semua mereka ada kereta sendiri dan cukup wang untuk menemani anda kalau tidak disediakan duitnya. Itu yang kadang-kadang mereka “menolak” pelawaan anda.
Ia berbeza mengikut lokasi.
Sediakan lah RM 500 sebagai jumlah minima.

Kos # 17 Contigency
Adakalanya duit yang digunakan terlebih dari belanjawan asal.
Sediakan lah sekitar 5 - 10% dari jumlah belanjawan yang asal.
Dalam pengiraan kita ini, RM 3000.


Jadi, kos yang pada kebiasaannya ditanggung oleh pengantin RM 17,550 (jangan lupa tolak nilai duit hantaran bagi pengantin perempuan)


Dan, kos yang boleh bincang dengan keluarga RM 15,500

Dan, kos untuk kecemasan RM 3,000

Maka anda perlu sediakan anggaran belanjawan perkahwinan sekitar


RM 36,050

*Tapi korang tak payah pening kepala pun.Setakat syarat je. Kad kahwin cikgu cakap pakai kertas A4 kerat empat je.hee~ Tapi kalau korang rasa tak patut, korang beli je consume paper.Tinggal tulis nama, alamat, tarikh. Macam kat blog saya tu pasal kad jemputan kawan@mak cik saya.
Memang buat syarat je asalkan jemput orang kampung dan saudara mara.
Tapi ramai wanita kini yang fikir, 'kahwin sekali je'. Sebab tu sanggup amalkan kos tinggi semata-mata untuk kepuasan sehari je.Adeh~
Ukur baju badan sendiri.
Kalau rasa mampu macam Siti, Mawi, or Dato Sheikh Muszaphar, ok la juga. Yang penting bijak membuat pilihan.hee~
[Risau berlaku pembaziran je masa majlis nanti.Nauzubillah!]
Jom baca lagi - Bajet Perkahwinan

Saturday, November 20, 2010

Launching New Blog!


Assalamualaikum everyone. Not necessary for you to make a new one site more but necessary for me :) Just wanna share something that is progress for my preparation as a bride to be.Tak nak lah menyemakkan lagi main blog saya yang dah sememangnya semak tu kan. hee~ Actually kat sini cuma nak jadikan tempat luahan perasaan or dengan erti kata lain diari sepanjang persiapan perkahwinan b2b. Sebagai panduan sahaja okey. Tapi apa2 dokumen penting or tips2 banyak ada di main blog saya. So, korang hanya perlu klik pada tab di atas. Mudah.hee~ By the way, hari ni dah mula senaraikan semua keperluan untuk majlis nikah. Yang tengah pening sekarang ni nak DIY veil ke tak eh? Kalo beli border lace semeter je dah RM150 onwards. And saya rasa saya perlu pakai veil labuh memandangkan tudung saya pun labuh. [Eh, yeke kena labuh juga veil tu?].So, kalau labuh pun, border lace tu kena beli 1.5m. Bukan tak mahu sewa, malas nak cari.hee~ So? :D.Yang penting bukan duit saya.lalala~
Banyak maklumat juga yang saya dapat dari b2b yang lain.hehe.Bagus2.Sharing is caring!
Satu lagi masalah adalah tudung. Memandangkan saya ni bertudung labuh dan berniqob.Material kain apa yang sesuai untuk dipadankan dengan baju bride lace saya tu nanti ye? Bingung sekejap. Biasa trend sekarang tudung Ariani and masuk dalam. Kurang dah orang pakai tudung bawal. Maybe sebab veil labuh and bahagian atas yang banyak aksesori kot. Tadi pulak dok belek2 langsir 3 lapis buatan saya raya lepas. Hmm..nak buat yang sama ke untuk tabir belakang katil pengantin tu nanti ye? Blur bila fikir kedudukan katil perlu di mana and lain2. Almaklumlah, selama ni pakai katil single. First time la nak merasa katil Queen nanti kan.Dinding bilik warna biru tapi tema majlis nanti warna purple. Hmm..kene jugakla kombinasi tu tapi takut tak sesuai dengan pengantin. Kalau orang lain mesti masih relax kan. Saya dah mula fikir before tunang lagi.haha. Bukan excited. Cuma risau terlepas pandang. Memandangkan kita buat sendiri and tak mahu menyusahkan parents terpaksa tunjuk excited sikit kan.lalala~
Jom baca lagi - Launching New Blog!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...